Alat Muzik Tradisional

Gedombak


Gedombak merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada bukaan besar. Gedombak biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di bawah ketiak. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan. Gedombak dimainkan secara berkumpulan bersama-sama beberapa peralatan muzik yang lain.

 






Geduk

Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas  semasa bermain.




Serunai

Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang.

Canang

Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran  kecil.Berperanan sebagai alat penanda masa dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.  Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'.Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti  Asyik, mengikut amalan semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonic yang mempunyai pic suara yang tepat.Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, Canang yang bernada seperti C,D,E dan g mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang.Kini terdapat dua jenis Canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.Gambar yang dipamerkan ini ialah Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan Canang Ibu dan  Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai tombol yang kecil serta dinding yang rendah.


Gendang Ibu dan Anak

Gendang ini ada 2 saiz, yang besar dipanggil gendang ibu dan yang kecil dipanggil gendang anak. Gendang ini dimainkan dengan cara meriba dengan kedudukan melintang dan permukaannya dipalu dengan tapak tangan. Cara gendang ini ditala (tune) ialah dengan cara mengetatkan talinya. Ianya dimain ketika persembahan silat, wayang kulit atau main puteri. 




 
Cerek ialah alat jenis idiophones. lanya terdiri daripada buluh kering yang diraut. Panjangnya lebih kurang 14 inci dan 1 ½ inci lebar.Tebalnya 1 ½ inci. Selalunya ianya dimainkan secara pasangan. Kedua-duanya diketuk antara satu sama lain untuk menghasilkan bunyian. Bentuk bunyinya bergantung pada tebal nipisnya cerek itu




 Gong Ibu dan Anak

Gong Ibu dan Anak Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia.Di kalangan masyarakat di Sabah alat 'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai 'Tawag'.


 Kesi

Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga.Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam.Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali.Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.Suara yang dapat dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah.












No comments:

Post a Comment