Menora



Menora terdapat di Semenanjung  Malaysia dan Negeri Thai (dahulu dikenali dengan negeri Siam).   Menora aktif di negeri-negeri utara Semenanjung  Malaysia (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) dan di selatan Negeri Thai (Phattalung, Nakhon Sri Thammarat, Songkhla, Trang dan Patani)  Menora dikatakan berasal dari selatan Negeri Thai.

Menora adalah :|Teater tari tradisional rakyat yang terdiri  dari unsur-unsur ritual, gerak tari yang distailisasikan, muzik instrumental, nyanyian, cerita dan lakonan improvisasi yang berdasarkan plot satu-satu cerita.

Ejaan :  Menora, manohra, Manora ataupun disebut sebagai Nora sahaja

Thai memberi definasi Menora sebagai:  Persembahan tempatan turun temurun yang lama
                                                                          Persembahan Ritual meminta doa , semasa berburu dan
                                                                          juga perubatan.

Perkataan "Menora" sendiri membawa beberapa maksud:
                                  1.  Di rujuk sebagai teater itu sendiri
                                  2.  Menora yang telah tamat pembelajaran diberi pangkat dengan panggilan
                                       Menora Perm atau Menora Eh Chum.
                                  3.  Di rujuk sebagai tajuk sebuah plot cerita persembahan Menora yang
                                       berjudul "Manohra"
                                  4.  Watak Srikandi yang bernama Manohra atau Nang Menora dalam cerita
                                        tertentu.

Menora -  Ada persamaan dengan teater tari dari kaw. Tengah Thai yang dipanggil Lakon Catri/Jatri  yang popular dikalangan golongan elit dan diraja.

Masa berlalu kedua kawasan ini bercampur aduk sehingga Menora juga dikenali sebagai   Lakon Catri/Jatri.   Lakon Catri/Jatri dikatakan mempunyai magis , kuat, berkuasa  dengan kuasa luar biasa.
Ahli kumpulan mereka banyak menggunakan jampi dan mentera.






No comments:

Post a Comment