Wayang Kulit
Wayang kulit adalah satu teater
yang tertua dan terdapat di seluruh Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Kemboja -
China, India dan Turki, Taburannya yang
meluas ini telah menggalakkan kemunculan beberapa teori asal usulnya.
Terdapat beberapa teori tentang
asal usul Wayang kulit, contohnya dari Jacques Brunet yang mengatakan bahawa
ianya berasal dari India di mana ianya dibawa Ke Asia Tenggara melalui pengaruh
Hindu di rantau ini. Sebagai bukti, penyokong-penyokong
teori ini merujuk kepada Ramayana dan Mahabharata, dua epik hindu yang
terkemuka yang menjadi bahan utama untuk persembahan wayang kulit. Teori ini disokong oleh Otto Spies, Sabri
East Siyavusgil dan Willian Ridghway.
Berthold Laufer pula mengatakan
wayang kulit berasal dari China manakala Hazue menyebutkan Jawa sebagai tempat
asal wayang kulit. Sebagai bukti di
merujuk kepada istilah Jawa kuno yang digunakan di dalam Wayang Purwa dan
wayang pula telah wujud sebelum munculnya pengarauh Hindu di Asia Tenggara.
Wayang kulit di Malaysia
mempunyai banyak persamaan dengan negara-negara jirannya kerana Malaysia,
Thailand dan Indonesia merupakan sebahagian daripada kelompok budaya dunia
Melayu Lama. Jadi, Malaysia yang
terletak di tengah-tengah kawasan Melayu lama menerima pengaruh budaya
keseluruhan rantau ini. Oleh itu
tidaklah hairan wayang kulit di Malaysia mempunyai banyak ciri-ciri persamaan
dengan Nang talung dari Thailand, Nang Talung dari Kemboja dan wayang Purwa
dari Indonesia.
Terdapat tiga jenis wayang kulit
di Malaysia, iaitu wayang Kelantan (wayang siam) Wayang Melayu dan wayang
Jawa. Wayang Melayu berasaskan kepada wayang Purwa dan menggunakan sturktur
persembahan dan teknik yang sama seperti Wayang Purwa. Mereka hanya berbeza dari segi bentuk patung
dan kumpulan muzik Patung wayang Jawa
yang mempunyai dua tangan boleh digerakkan sementara patung wayang Melayu
mempunyai dua tangan sahaja yang boleh digerakkan
Jenis wayang kulit yang ketiga,
iaitu wayang Siam terdapat di Kelaantan, Kedah dan Perlis . Ia dipercayai berasal dari Nang Talung
(Thailand) berdasarkan bentuk patungnya, alat-alat muzik yang digunakan dan
mentera buka panggung dan Tuk Maha Siku yang dibacakan dalam bahasa Thai.
Terdapat dua jenis Wayang Siam di
Kelantan dikenali sebagai Wayang Kelantan yang telah diubah suai dengan
unsur-unsur tempatan dan satu lagi di Kedah dan Perlis dikenali sebagai Wayang
Gedek. Kedua-dua wayang ini juga berbeza
dari segi bentuk patung dan alat-alat muzik yang digunakan. Umpamanya patung Wayang Kelantan berbentuk
sudut pandangan tepu sementara hampir kesemua patung Wayang Gedek dibentuk dari
sudut pandangan hadapan. Alat-alat muzik
adalah dari jenis kelompok yang sama, hanya berbeza dari segi besar, kecil dan
bilangannya.
Petikan Buku Teater Tradisional
Melayu oleh Mohamed Ghouse Nasuruddin,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 2003
Wayang Gedek
Wayang Gedek ialah sejenis wayang
kulit yang dipersembahkan di Utara Semennanjung Malaysia seperti di Perlis,
Kedah dan juga Perak. Negeri-negeri ini
juga menerima pengaruh yang kuat dari Thailand.
Kawasan ini terdedeh kepada proses percantuman budaya dari sebuah negara
dengan negara yang lain. Contohnya dari
segi bahasa pertuturan, cara hidup dan tidak ketinggalan juga dari segi
persembahan seni teaternya.
Antara bentuk teater yang
mendapat pengaruh dari Thailand adalah seperti Wayang Kulit Siam dan Wayang
Gedek, Manohra, Jikey dan Makyung.
Wayang kulit mempunyai persamaan dengan Nang Talung yang terdapat di
Selatan Thailand. Menora pula mempunyai
persamaan dengan Lakon Nora yang merupakan bentuk dramatari yang dipersembahkan
di Negara Thai.
Wayang Gedek menggunakan dialek
Kedah bercampur Thai. Unsur-unsur Thai
juga jelas dalam kelihatan dari aspek reka corak pakaian pada patung itu
sendiri yang berunusrkan Wayang Siam.
Semasa memulakan persembahan, upacara 'buka panggung' adalah menggunakan
bahasa Thai keseluruhannya walaupun cerita yang hendak disampaikan adalah dalam
dialek Kedah sepenuhnya. Wayang Gedek
mempunyai perbezaan dengan Wayang Kelantan sebagai sumber utama. Wayang Kulit Kelantan merupakan cerita
saduran dari epik Ramayana dan cerita Seri Rama. Manakala Wayang Gedek lebih simple dan corak
persembahannya lebih moden. Jalan
ceritanya juga telah ditokok-tambah dengan cerita-cerita ataupun
peristiwa-peristiwa semasa
Panggunaan alat-alat muziknya
seperti gedombak, serunai, canang, gedok, gong dan berwarna-warni. Pakaian tradisionalnya telah diubah ke bentuk
moden seperti memakai seluar panjang, berbaju pendek, berkain ketat dan
berambut pendek. Di samping itu watak
tradisi juga dikekalkan untuk persembahan cerita-cerita tertentu. Dari sini kita dapat lihat bahawa wayang
gedek telah mengalami improvisasi dari wayang kulit asal yang lebih berunusrkan
Thai.
Petikan Buku Teater Tradisional
Melayu oleh Mohamed Ghouse Nasuruddin,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 2003
Wayang Kelantan
Wayang Kelantan terdapat di
negeri Kelantan dan Terengganu. Ia
mempersembahkan cerita daripada versi Ramayana Melayu dan cerita-cerita mitos
dan legenda tempatan.
Pada masa dahulu wayang kulit
dipersembahkan untuk dedua-dua fungsi ritual dan secular. Persembahan fungsi ritual sellunya berkaitan
dengan musim menuai sebagai mengucapkan kesyukuran kepada semangat yang telah
memberikan hasil tanaman yang lumayan.
Terdapat juga persembahan untuk menyemah kampung, iaitu membersihkan
kampung daripada ancaman semangat yang ganas dan jahat. Persembahan fungsi secular pula diadakan
untuk merayakan hari ulang tahun sultan atau sebagai hiburan semasa
perkahwinan. Pada ketika yang lain,
wayang kulit dimainkan sebagai kegiatan komersial yang mana para penonton
membeli tiket suntuk menonton persembahannya.
Tetapi sekarang, wayang kulit jarang dipersembahkan di Kelantan dan
kalau diadakan, kebanyakkannya adalah untuk tatapan para pelancong sahaja.
Petikan Buku Teater Tradisional
Melayu oleh Mohamed Ghouse Nasuruddin,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 2003
Pohon Beringin
Rama, Sita, Pak Dogo dan Rawana
Rama dan Hanuman
Apakah 5 bahan yang digunakan untuk membina panggung wayang kulit?
ReplyDelete