Sunday 27 April 2014

WARISAN

 Teater Tradisional Makyung

Teater tradisional Melayu mencerminkan kepelbagaian warisan budaya orang Melayu dalam konteks budaya serantau Dunia Melayu Lama. [(Mohamed Ghouse (2000: xiv)]. Makyung ialah teater yang menggabungkan unsur-unsur tari, muzik dan dialog yang hanya terdapat di Kelantan [(Mohamed Ghouse (2000: xiv)].

Wayang Kulit

Wayang kulit di Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan negara-negara jirannya kerana Malaysia, Thailand dan Indonesia merupakan sebahagian daripada kelompok budaya dunia Melayu Lama.  Jadi, Malaysia yang terletak di tengah-tengah kawasan Melayu lama menerima pengaruh budaya keseluruhan rantau ini.  Oleh itu tidaklah hairan wayang kulit di Malaysia mempunyai banyak ciri-ciri persamaan dengan Nang talung dari Thailand, Nang Talung dari Kemboja dan wayang Purwa dari Indonesia.

u
Menora
Menora terdapat di Semenanjung  Malaysia dan Negeri Thai (dahulu dikenali dengan negeri Siam).   Menora aktif di negeri-negeri utara Semenanjung  Malaysia (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) dan di selatan Negeri Thai (Phattalung, Nakhon Sri Thammarat, Songkhla, Trang dan Patani)  Menora dikatakan berasal dari selatan Negeri Thai.