Teater tradisional Melayu mencerminkan kepelbagaian warisan budaya orang Melayu dalam konteks budaya serantau Dunia Melayu Lama. [(Mohamed Ghouse (2000: xiv)]. Makyung ialah teater yang menggabungkan unsur-unsur tari, muzik dan dialog yang hanya terdapat di Kelantan [(Mohamed Ghouse (2000: xiv)].
Wayang Kulit
Wayang kulit di Malaysia
mempunyai banyak persamaan dengan negara-negara jirannya kerana Malaysia,
Thailand dan Indonesia merupakan sebahagian daripada kelompok budaya dunia
Melayu Lama. Jadi, Malaysia yang
terletak di tengah-tengah kawasan Melayu lama menerima pengaruh budaya
keseluruhan rantau ini. Oleh itu
tidaklah hairan wayang kulit di Malaysia mempunyai banyak ciri-ciri persamaan
dengan Nang talung dari Thailand, Nang Talung dari Kemboja dan wayang Purwa
dari Indonesia.
u
Menora
Menora
terdapat di Semenanjung Malaysia dan
Negeri Thai (dahulu dikenali dengan negeri Siam). Menora aktif di negeri-negeri utara
Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan)
dan di selatan Negeri Thai (Phattalung, Nakhon
Sri Thammarat, Songkhla, Trang dan Patani) Menora dikatakan berasal dari selatan Negeri
Thai.